Cik Ziela Suka Panda

Peperangan makin hampir!!
Sunday, 16 September 2012 | Sunday, September 16, 2012 | 0 comments

cantik..jumpa dekat weheartit :3

Bahang peperangan semakin gaban menghampiri semua manusia yang lahir pada 1997.Tahun ini sungguh memberi kami pelbagai jenis bentuk perasaan yang anda sendiri dapat teka dan bermain-main di minda anda.*ayat sangat mengecewakan.aku sendiri xfhm* Bersama penat lelah dengan usaha daripada bantuan tulang empat kerat dalam menelaah sebanyak mana ilmu yang sempat kami ragut daripada guru yang tidak jemu membantu,mengorbankan masa yang digunakan untuk keluarga disimpan dengan rela dan mengajar kami,khidmat ditawarkan demi melihat kejayaan anak didik yang sentiasa memerlukan khidmatnya yang tidak ternilai hebatnya..

Hanya Allah yang mengetahui segala peluh yang menitis menunjukkan lagi betapa hebatnya usaha dalam melengkapkan peralatan perang agar dapat berperang dengan akal yang sentiasa memerhati gerak laku pemiliknya.Tanpa ilmu dan persediaan yang cukup umpama pergi berjuang tanpa membawa senjata dan angkatan tentera.Jika ilmu penuh didada ibaratkan perperang bersama senjata yang tiada tandingan hebatnya beserta tentera yang berpuluh ribu ramainya.

Bukan mudah untuk mencapai kejayaan di merana gading.Namun,jika bersama usaha dan tekad yang tinggi kejayaan bukan sesuatu yang mustahil.Kesedaran dan kepekaan seberapa banyak hari yang tinggal ini saya perlu sentiasa jaga masa agar tidak terlambat sesaat sekali pun untuk mencari seberapa banyak ilmu agar dapat digunakan di medan perang *dewan exam*

Nota kaki: Sebelum merepek dengan lebih panjang lebar,I should end here.Bye




Blog Archive