Cik Ziela Suka Panda

Segmen : Pertemuan dan Perpisahan
Tuesday, 20 December 2011 | Tuesday, December 20, 2011 | 6 comments
Klik header comel ini untuk join 

"Pertemuan dan perpisahan adat manusia biasa. Jika tidak mahu perpisahan 
janganlah bertemu. Tetapi setelah sudah bertemu bersiap-siaplah untuk kita berpisah "

Saya nak cerita pasal ayah saya. Kami bertemu dari pernikahan yang halal. Semasa saya berumur 7 tahun, saya terpaksa berpisah dengan ayah, Mungkin telah ditakdirkan umur ayah tak panjang. Ayah pergi sebab sakit kanser. Kanser yang perpunca daripada rokok. Walaupun saya kecil masa tu tapi saya tahu ayah sakit. Selalu batuk-batuk. Ayah kerja polis. Jarang ada dekat rumah. Semasa menerima berita kematian ayah , memang sukar nak terima sebab sebelum ayah pergi hospital nak check doktor tak ada tanda-tanda sakit teruk. Saya sedih tak dapat jumpa ayah sebelum ayah pergi hospital.

Bila dekat senja, kami sekeluaga dikejutkan dengan berita kematian ayah. Kawan ayah call cakap ayah sudah tiada. Kami bergegas ke hospital menaiki van polis. Sampai sahaja di bahagian kecemasan , saya nampak ayah dekat katil hospital. Banyak wayar dekat badan ayah. Sayu hati tengok ayah. Memang tak disangka ayah sudah pergi. Ayah saya dah pergi jauh dan tidak akan kembali.

Ya Allah ! Ampunilah dosa ayahku dan letakkanlah ayahku ditempat orang-orang yang beriman. Aminnn.


p/s : Oke. tu je la rasanya. Gambar tak ada dan tak tag orang.Maaf. | Happy Blogging~





Blog Archive